Rekaan Bungalow Cottage with Attic Roof Kelantan

Rekaan istimewa Bungalow Cottage & Attic Roof di kelantan.
Di Reka, di Bina dan Dekorasi dari #TEAMFACD.

MALAS nak sembang lebat, bab kata orang Key ELl..  Tapi serious, Design rumah ala ala English ni pasti memikat hati anda!

Dengan pelan lantai berkeluasan 1462 sqft untuk bahagian ground floor yang amat luas,  tanpa dinding kecuali 3 Bilik tidur termasuk 1 bilik master di sebelah kiri dan ruangan dapur terbuka serta ruangan keluarga dan ruangan makan juga terbuka,
menampakkan lagi keluasan nya ya amat!


Dilengkapi pintu kaca Sliding Door untuk bahagian keluarga untuk memudahkan keluar masuk dan aliran udara dan cahaya yang baik. lagi meluaskan pandangan View dari dalam kediaman.

Pada ruangan attic yang berkeluasan 358 sqft terbuka bagi membuatkan ruangan itu lagi nampak luas, tiada dinding di bahagian sebelah dan ada dua tingkap untuk pengaliran (Ventilation) udara dan cahaya yang tenang.
Akan tetapi faktor penyerapan haba akan terkumpul di bahagian bumbung.

FACD membuat satu keputusan untuk memasang lapisan penebat haba untuk bahagian bumbung bagi mengurangkan penyerapan haba dari 95% sehingga 75% dengan menggunakan material yang berkualiti dan lubang sisip angin untuk melepaskan haba dari penyerapan di bahagian atas dan keluar ke ruangan tingkap dan sisip angin.

Adalah penting bagi Binaan jenis Attic Roof sebegini untuk pengaliran yang baik bukan sekadar hanya untuk nampak Gah di mata tapi seksa dari kepuasan untuk tinggal di dalam nya.

Kos untuk binaan Hampir RM250'000 di sarankan untuk membina jenis rumah sebegini dengan Jumlah keluasan 1989 sqft (termasuk dengan ruangan Attic)  tidak termasuk Verandah. Jumlah keseluruhan hampir 2100 sqft.

Pelanggan kami amat berpuas hati kerana design ini menepati citarasa dan bajet nya.

Ikuti page kami lagi untuk perkembangan projek Attoc Roof Kami yang akan di bina August 2018 ini di Kelantan.

Hubungi pihak Page TEAMFACD untuk keterangan yang lanjut.

Comments